Tuesday, 19 July 2011

Bab 1.1: Abih camno???

Guna ayat yang sama...
'apa yang ada di belakang rumah saya, janganlah anda kisahkan'

Dengan lidah Melayu yang piawai, biasanya ayat ini akan dibaca sebagai 'ap ḕ yang ad ḕ di belakang rumah say ḕ, janganlah anda kisahkan'


Itulah asasnya... Bukan semua 'A' perlu di'O'kan. Hanya 'A' yang disebut sebagai ' ḕ' ('e' pepet) dalam sebutan piawai sahaja akan di'o'kan.


Dengan peraturan ini, maka ayat di atas akan menjadi 'apo yang ado di belakang rumah sayo, janganlah anda kisahkan'...


Namun harus diingat, peraturan ini hanyalah asasnya. Ayat yang sama masih boleh dan masih perlu diperhalusi lagi. Cukup setakat ini buat masa ini. Sambung lain kali ye murid-murid (kononnya ada). Banyak-banyakkan berlatih.


LATIHAN: Alihbahasakan perkataan berikut:
  • LAMA > lam ḕ > lamo
  • DUA > __________ > __________
  • MANA > __________ > __________
  • JANDA  > __________ > __________
  •  KEPALA  > __________ > __________
.... ado ko org nak buek? 

No comments:

Post a Comment