Dalam sesetengah keadaan, DIA juga boleh disebut DEH.
Contoh : Biarlah DIA makan lemang tu... > Biar la deh makan lomang tu...
Namun bukan semua DIA boleh disebut sebagai DEH.
Contoh yang tak sesuai : DIA suka makan lemang > DEH suko makan lomang ... tak jadi, tak jadi!
Untuk selamat, guna sahaja DIO untuk menggantikan DIA. "Biar la DIO makan lomang tu..." masih adalah ayat yang betul dari segi tatabahasanya.
EH juga digunakan sebagai gantinama orang ke tiga untuk menggantikan -NYA.
Contoh :
lemangnya > lomang eh
aweknya > awek eh
Kata nama dan kata gantinama "eh" biasanya dieja berasingan untuk mengelakkan kekeliruan. Tetapi gantinama "-nya" dieja rapat kepada kata nama sebelumnya dan dianggap sebagai satu perkataan.
Jika gantinama "eh" dieja rapat, ia akan menghasilkan perkataan yang pelik seperti "awekeh" atau "lomangeh".
Oleh itu, agak comel juga jika "eh" dieja dengan meletakkan tanda aphostrophy (') di antara kata nama dan "eh"
Contoh : lomang'eh, awek'eh